Ada seorang lelaki yang sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan seorang gadis sejak dari zaman persekolahan lagi. Tapi dia berpegang pada prinsip yang dia takkan bercinta sebelum kahwin. Kerana itu dia melupakan cintanya pada gadis tu. Kemudian dia berkelana melanjutkan pelajarannya. Satu hari, teman-teman sekolah mengadakan reunion dan dia bertemu semula dengan gadis itu. Waktu tu gadis tu sudah ada teman tapi sayangnya temannya tu melukakan hatinya lalu lelaki itu bercerita tentang kepercayaannya dan prinsipnya. Tak disangka walaupun punya perbezaan pendapat dengan lelaki itu tetapi gadis itu masih juga melakukan seperti mana prinsip lelaki itu. Selepas kecundang dengan cintanya gadis itu tidak bercinta lagi. Dan dia hanya mengharapkan cinta itu datang selepas sah menjadi isteri.
No comments:
Post a Comment