Friday, 2 December 2011

thank buat isteriku


“What papa? kahwin? Nonsense! Papa Zarul nie bukan budak kecil lagi tau untuk papa atur jodoh Zarul macam nie! Zarul tak setuju langsung!.” Zarul dengan muka yang merah padam menumbuk meja. “damm!!!”.
“Zarul, papa buat semua ni untuk kebaikan Zarul juga, sampai bila Zarul nak bergelumang dengan dosa macam ni? Sampai akhir hayat hidup Zarul? Zarul dengar sini baik-baik, Mel tue budak baik dan papa pasti dia mampu mengubah hidup Zarul! Trust me, Zarul!.” Datuk hisyam cuba meyakinkan Zarul.
“Listen me carefully papa, I don’t love her and how to me love her? Zarul ada pilihan hati Zarul sendiri papa. Fahamilah Zarul papa, lagi pun Zarul ni kan anak papa sendiri?”
“Because you my son, I want you marriage as soon as possible, papa malu tengok Zarul macam ni, bawa perempuan ke hulur ke hilir, minum arak, maksiat, pergi clubbing, Zarul tak malu ke? Zarul tak ingat ke dosa pahala ke? Zarul cuba kamu ubah perangai kamu tu sikit, papa malu dengan kawan-kawan papa! Semua mengata anak Datuk Hisyam tu tak reti tau malu ke, usung perempuan ke hulu ke hilir depan public, kamu fikirlah Zarul.” Kedengaran keluhan daripada mulut Datuk Hisyam keluar.
“But papa! Zarul tak boleh terima Mel tue, dah lah dia perempuan tomboy, tak sesuai dengan ketampanan Zarul ni, tak mahulah papa! Hah! Papa tak malu ke bila orang cakap menantu Datuk Hisyam ahli perniagaan yang terkenal bermantukan perempuan tomboy? Kalau cantik takpe la juga, nie perempuan yang entah apa-apa entah, pakaian dah lah mengalahkan lelaki! Macam tue papa nak buat menantu?.”
“Papa lagi malu bila dapat anak yang bergelumang dengan maksiat sepanjang masa! Papa cuma minta satu je dari Zarul, kalau Zarul sayangkan papa, Zarul kahwinlah dengan dia tapi kalau dah tak sayangkan papa Zarul boleh buat apa yang Zarul suka, that’s all!.” Datuk hisyam melangkah dengan lemah berlalu meninggalkan Zarul, dia hanya mampu mengalirkan air mata apabila mengenangkan perangai anak tunggalnya.
Zarul terkedu!
**********************************************************************************
Sudah sebulan Mel berkahwin dengan Zarul tetapi dia di layan tak ubah seperti hamba abdi di rumah yang serba serbinya mewah. Apa dia ingat tomboy-tomboy aku nie,aku tak ada perasaan macam perempuan lain ke? Hatinya mendengus geram. Masih segar di ingatan dia di mana dia baru berkahwin dengan Zarul masa tu.
“Kau jangan cuba-cuba nak baring sebelah aku ea? Aku takde selera tengok muka kau ni, kau baring lah kat tempat lain, menyemak je aku tengok!.” Kata Zarul yang masih segak berbaju melayu waktu itu.
“Mulut kau tue jaga-jaga sikit ea, kau ingat aku nak sangat ke baring sebelah kau? Hey tak la, tengok muka kau yang tak handsome ni, terus tak ada selera kau tau! Macam nak muntah! Mel balas dengan penuh geram.
“Kau mengandung ke? Aku belum buat apa-apa lagi dah termuntah-muntah nie?”. Zarul menyakat bercampur sakit hati.
“Kau ni kan mulut tak ada insurance langsung kan? Sekali aku bagi terajang baru kau tahu, tak sia-sia aku ada black belt, boleh aku test power dengan kau!.” Mel membalas penuh ugutan.
“Kau ingat aku takut dengan kau? Boleh jalan la!.”
“Daripada aku layan kau, lebih baik aku tidur!.” Mel melangkah ke birai katil untuk merebahkan diri bagi menghilangkan segala keletihan sepanjang hari menjadi raja sehari, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila namanya di panggil.
“Stop it, kau boleh blah, kau tidur kat bawah, biar aku tidur kat atas katil, nie katil aku, bukan katil kau! Menyebuk!”
“Kau ingat aku nak sangat tidur atas katil kau? Tak ar!”
Akhirnya Mel baring di lantai beralaskan permaidani dan berlengan tangan sebagai pengganti bantal.
Seusai sembahyang subuh, seperti biasa dia menyediakan sarapan pagi bagi mengalas perut sebelum berangkat ke tempat kerja. Dia hanya menyediakan nasi goreng pada pagi itu. Sedang dia leka membancuh nescafe, kedengaran Zarul turun dari tingkat atas rumah.
“Zarul makan dulu, aku ada siapkan kau nasi goreng, marilah? Kalau kau nak air, aku boleh tolong buatkan?.” Mel memandang penuh mengharap.
“Dah berapa kali aku cakap dekat kau, kalau kau nak makan, kau makan sorang jelah, tak nak aku makan masakan kau, entah-entah kau bubuh racun ke, tak pasal-pasal aku arwah kat sini!.” Zarul mambalas penuh nada sinis.
“Kau ni kan kalau satu hari tak sakitkan hati aku tak boleh ke hah? Tak kan la aku nak bunuh kau kot? Aku still waras lagi lah! Aku cuma risaukan keadaan kau je, yelah pergi pagi-pagi buta, balik pula kalau tak tengah malam tak sah, nak kata kau banyak kerja kat syarikat papa tue, tak kot aku rasa, yang aku tau kau banyak mengarah daripada buat kerja, betul tak?.” Mel mengenyit mata.
“Hey perempuan cakap jangan main sedap-sedap mulut je, nie papa kata dengan aku, kau perempuan baik? Eee tak la bagi aku, bagi aku kau nie perempuan celaka je, memang sesuailah dengan diri kau yang ala-ala lelaki tak jadi nie, cerminlah diri kau ni sikit Mel!.” Selepas menghamburkan kata-kata kesat terhadap Mel, dia mencapai briefcase untuk pergi ke tempat kerja.
“Jangan nak babitkan cara hidup aku dalam hal nie, okey? Tak ada kena mengena langsung! Kau memang sengaja jadikan ni alasan. Sudah la berambus kau cepat! Buat sakit mata jew kalau kau ada pun!.”
“Ye pak cik, aku blah dulu!”
“Zarul!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Jam sudah menginjak pukul 2.00 pagi, tetapi batang hidung Zarul masih tidak nampak nampak lagi, Mel sangat risau hati. “Ya Allah kau selamatkanlah suamiku semoga beliau tidak mendapat kecelakaan, aku sungguh risau akan keadaannya,sesungguhnya aku mahu kau tahu aku sangat sayangkan dirinya, amin.” Doa Mel di dalam hati. Tidak sampai 10 minit kemudian, kedengaran kereta Zarul muncul di perkarangan rumah, Mel berpura-pura tidur di atas sofa.
“Wei perempuan, bangunlah! Yang kau tidur atas sofa ni apasal? Bilik yang aku bagi kat kau tak cukup selesa ke? Atau kau rindu kat aku hah?”
“Apa jerit-jerit nie! Memekaklah wei! Kau tak reti diam ke, mangkuk?”
“Hei hayun, mana aku tak memekak yang kau tidur atas sofa aku apasal? Aku beli sofa ni bukan untuk tidur tapi untuk duduk!”
“Sofa kau yang mahal ni, tak ada tulis pun untuk duduk je, tak boleh baring, aku tak nampak mana-mana bahagian yang tulis just only for sitting! Kau ingat aku nak sangat tidur kat sini, buat sakit badan aku yang gebu ni je taw!”
“Hahahahahahahahhah……gebu lah sangat badan kau tue, cik Nurul Emelda! Geli gelaman perut aku dengar!”
“Kau kata aku tak gebu? Nak kena kau nie, hiiiiyaaa!!!” Mel membaling sebiji bantal betul-betul terkena tepat ke muka Zarul.”
Zarul terjelepok jatuh ke lantai dan berpura-pura pengsan.
Mel panik, dia tak menyangka yang Zarul akan pengsan, Mel gelabah ketika itu, sementara Zarul menahan ketawa dari terburai. “Pada muka kau, siapa suruh baling aku!!”
“Zarul….Zarul….Zarul….” Mel mengoyang-goyangkan bahu Zarul agar Zarul tersedar daripada pengsan. “Zarul jangan tinggalkan Mel sorang-sorang kat sini, Mel sayangkan Zarul, Zarul bangunlah sayang, Zarul!!” Hampir menitis air mata Mel ketika itu. Dia tak tahu nak buat apa lagi. Sementara Zarul terkedu mendengar apa yang Mel ucapkan, ‘sayang’?.
“Caaaakkkkk!!!!! Padan muka kau, siapa suruh baling aku dengan bantal, kan dah kena balik, tau pun kau gelabah!”
Mel terkejut di sergah begitu. “Tak guna!, dah ar lebih baik aku naik atas daripada layan otak kau yang gila nie!!!” Mel melangkah dengan laju, berkira-kira di dalam hati sama ada Zarul mendengar apa yang dia katakan sebentar tadi.
Zarul masih tercegat di situ memikirkan apa yang sebentar tadi dia dengar.
Hujung minggu, Zarul bercadang ingin melawat papa dan mamanya, pada mulanya dia mahu pergi sorang tapi mengenangkan takut di marahi papa dia membawa Mel sekali.
“Zarul dan Mel kenapa tak beritahu nak datang, kalau tak boleh mama siapkan apa-apa yang patut.” Kata Datin Halimah dengan ramah menyambut kedatangan anak dan menantu.”
“Kami saja je mahu buat mama surprise, lagi pun Zarul baru cakap dengan Mel tadi, tue yang tak sempat nak inform kat mama. Ala mama jangan lah risau sangat kami datang sekejap je ni.”
“Betul tu mama, kami singgah sekejap je, petang nanti Zarul ada meeting dengan client.” Zarul memberi alasan kerana dia malas nak mengadap keluarganya lama-lama, takut nanti di soal macam-macam.
“Mama sihat? Papa mana mama? Tak nampak pun dia dari tadi?.”
“Papa kamu ke mana lagi kalau tak main golf dengan kawan-kawakn dia, tinggallah mama sorang-sorang kat rumah ni, sunyi betul Mel, kalau mama ada cucu tak lah mama kesunyian, kamu tak ada ura-ura ke Mel? Bila lagi Mel, mama tak sabar nak merasa timang cucu sendiri.”
“Mama, Zarul dengan Mel belum sedia nak pikul tanggungjawab menjadi ibu dengan ayah lagi, komitmen kami pada kerja masih tak berjalan dengan sempurna lagi, macam mana nak jaga baby nanti?”
“Pasal baby tue kamu tak perlu lah risau, mama boleh jaga, mama bukan ada apa-apa kerja pun kat rumah nie, mama bukan apa, mama cuma sunyi je, kalau ada teman, tak lah sunyi nanti.”
“Biarkan kami fikir dulu ye mama, kami tak mahu terburu-buru dalam hal ni.” Zarul memberi penjelasan.
“Perbualan anak beranak itu berterusan sehingga lewat petang.
” Hari itu adalah hari lahir Zarul yang ke-30 tahun, Mel bercadang mahu membelikan sesuatu untuk Zarul, Mel berpusing-pusing di sekitar pasar raya Jusco tapi dia masih belum berjumpa dengan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada Zarul. Dia melilau ke kiri ke kanan, berkira-kira untuk membeli apa, tiba-tiba dia terpandang seutas jam tangan berjenama Rolex, sangat cantik pada pandangan matanya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membelinya. Harap-harap dia suka.
“Dia menunggu Zarul malam itu, penuh debaran, Mel bersiap-siap ala kadar je, seperti biasa dia hanya mengenakan t-shirt lelaki dan seluar jean. “Kenapa lah mamat ni lambat balik, selalunya time macam ni dah balik dah, aduh, bengang betul!.” Dia mengambil keputusan untuk membancuh air bagi menghilangkan dahaga dan menahan diri daripada mengantuk.
“Buatkan aku secawan Nescafe, sedap pula aku tengok kau buat air.”
“Terkejut aku, kau tak reti bagi salam ke apa ke hah? Lambat kau balik hari ni? Jumpa buah hati ke?”
“Ha’ah aku baru lepas jumpa buah hati aku yang cantik tadi, tu yang aku lambat sikit balik, yang kau sibuk kenapa?”
“Tak pape lah, aku cuma tanya je, salah ke? Emmmm….nah air kau dah siap, aku naik atas dulu ye?”
“Kau tak nak temankan aku ke?.”
“Tak pelah kau minumlah sorang-sorang, aku penat lah, nak rehat, lagi pun dah lewat malam, aku naik dulu, selamat malam.” Mel meninggalkan Zarul keseorangan malam itu, hasrat hati nak memberi hadiah, terbantut gara-gara buah hati tadi, Mel berasa kecil hati.
Jam loceng berbunyi menandakan sudah pukul 6.00 pagi, Mel berasa sangat malas untuk bangun kerana hari itu dia period jadi buat apa nak bangun awal sangat, dia mengambil kesempatan untuk berbaring saja. Sedang dia bergolek-golek, dia teringat akan hadiah hari jadi Zarul, lalu dia bangun dan membuka laci, mencapai bungkusan hadiah yang masih berbalut kemas, hatinya di paut kepiluan. “Andainya kau tahu isi hati aku, pasti kau akan tahu gelodak hati aku seperti apa, aku harap kau akan bahagia dengan insan yang kau sayang, aku cuma pacal yang hina, yang hanya mencintai kau secara diam, satu masa nanti kita akan berpisah.” Mel merenung hadiah itu, jatuh setitik demi setitik air matanya, terkena bungkusan hadiah. Angin sampaikan salam rindu aku padanya.
Mel turun ke bawah, mencapai baju kotor untuk dibasuh, sementara menunggu mesin basuh berhenti, Mel menyediakan sarapan pagi buat suami tercinta. Kebetulan dia mengambil cuti hari ni, rasa malas nak pergi kerja, lagi pun segala akaun sudah di siapkan tiada kerja apa yang tertangguh lagi di pejabat, maklumlah awal bulan akautan sepertinya kurang kerjaan. Mel leka mengemas rumah, tiba-tiba dia teringat Zarul yang masih tidak turun-turun lagi dari biliknya. Mel memanjat tangga satu persatu untuk mengejutkan Zarul, setahu dirinya Zarul pergi kerja hari ini. Berada di depan bilik Zarul, jantungnya berdegup kencang. Dia mengetuk pintu bilik Zarul, tetapi tiada suara atau respond.
“Zarul, woi Zarul bangunlah, dah pagi dah ni, kau tak pergi kerja ke hah? Woi, bangunlah!” Mel mendengus geram. Setelah berkali-kali dia memanggil nama, dia mengambil keputusan untuk masuk memandangkan pintunya tidak berkunci. Dia menuju ke arah sekujur tubuh yang masih berbalut selimut. Mel terkejut kerana muka Zarul pucat sekali, dia meraba-raba dahi Zarul, sangat panas sekali, Mel mengejut beberapa kali, baru Zarul tersedar daripada tidur.
“Badan kau panas ni, mari aku bawa kau pergi klinik, kau demam barang kali.” Mel menunjuk riak risau.
“Aku tahu lah aku demam yang kau sibuk apa hal? Ada aku suruh kau masuk bilik aku tanpa kebenaran ke? Kau keluar lah sana! Lagi satu kalau ada orang call aku, kau cakap aku tak masuk hari ni, okey my dear?”
“Kau okey ke ni? Betul tak ada apa-apa? Kalau kau nak apa-apa kau panggil aku k? Aku tak kerja hari ni.”
“Yelah!”
Mel turun ke bawah untuk memasak bubur bersama sup ayam, dia mahu Zarul cepat sembuh jadi senanglah hati dia nanti. Dia mencari bahan untuk memasak sup sementara menunggu bubur masak. Hampir satu jam segalanya selesai, dia memasukkan semangkuk bubur dan sup ayam ke dalam mangkuk lalu membawa naik ke atas, dia menolak daun pintu yang sememangnya tidak berkunci dan meletakkan makanan tadi di atas meja.
“Zarul, bangun, aku ada bawakan kau bubur, mari makan aku suapkan ea?”
“Letak jelah kat situ aku tak ada selera nak makan la.”
“Ke kau takut aku letak racun dalam bubur ni?”
“Tak la, nanti aku tau lah makan, aku bukan budak kecil lagi!”
“Aku tak kira kau mesti makan juga, lepas makan kita pergi klinik, badan kau ni terlalu panas, aku tak nak kau jadi apa-apa nanti, cepat nganga mulut aku suapkan, 1 2 3, mmmmmmmm.”
“Sudah cukup lah tue, aku dah tak nak.”
“Sikitnya kau makan, macam mana nak sihat macam ni?
“Aku sihat ke tak sihat ke, ada aku kesah! Yang kau sibuk care aku nie apa hal?”
“Mestilah aku kesah, kau kan suami aku, tugas seorang isteri mestilah menjaga suaminya, apa kau ingat tomboy-tomboy aku ni aku tak reti jaga kau? Aku tetap perempuan tau!” “Dah jom kita pergi klinik, now!”
“Aku tak nak lah!”
“Aku papah kau, meh sini, aku tau kau tak larat tapi kita kena pergi klinik juga pakcik, demam kau ni bukan demam biasa, kena boleh bawa mati, padan muka kau tak sempat nak taubat!”
“Mulut kau nie jaga sikit ea? Kau suka lah aku mati, boleh lah kau jadi janda kaya muda, betul tak?”
“Ada juga yang makan kasut nanti karang, dahlah badan kau berat, kau makan batu apa kat luar?”
“Diam lah kau!”
Sesampai je di dalam kereta, Zarul terus melelapkan mata. Sepanjang perjalanan radio yang menjadi peneman setia Mel. Mel memecut kereta dengan laju untuk pergi ke klinik yang berhampiran.
Petang itu Mel melipat kain sambil menonton rancangan tom-tom bak yang di acara olah Aznil Hj. Nawawi, dia berasa seronok sangat tengok rancangan kanak-kanak itu, lagi-lagi bila melihat kanak-kanak comel melompat-lompat, cute sangat. Dia memasang angan-angan untuk memiliki bayi yang comel, putih, ada lesung pipit seperti Zarul, mesti lawa dan handsome nanti bila dah besar. Hatinya tergelak dan dia tersenyum-senyum, dia tak perasan yang Zarul sedang memerhatikan kelakuannya dari tadi.
“Woi apa senyum-senyum hah?” Zarul mengambil tempat di atas sofa sementara Mel duduk di bawah.
“Ish…kau ni memang tak reti bagi salam ea? Main sergah jer!”
“Heheheheheh………..assalammualaikum!”
“Hah macam tu lah, kena aku ada sakit jantung boleh mati mengejut kat sini, kesian mak bapak aku kat kampung, tentu dorang sedih sebab anak dia yang comel nie meninggalkan dia buat selamanya.”
“Perasan comel! Angkat bakul naik sendiri nampak?”
“Eh…kau kan tak sihat lagi, kau pergi lah rehat kat atas tue, risau aku tengok kau berjalan-jalan macam nie, ubat kau dah makan belum? Kalau belum, pergi makan sana, aku tak nak kau sakit macam ni lagi!”
“Aku dah makan la tadi, tu aku turun bawah ambil air, kau jangan risau lah, aku dah ok dah, emmmm……….thank……..”
“Thank for what?” Mel berpura-pura tidak tahu.
“Thank sebab jaga aku, bawa aku pergi klinik, kalau kau tak ada dah tentu aku masih terlantar atas katil lagi. And………….sedap bubur yang kau masak tadi, so nice, tak sangka kau pandai masak.”
“Oh…pasal tue, aku tak kesah lah, dah tugas aku untuk jaga kau, tak ada hal lah. Kau nak makan tak? Boleh aku masakkan nanti.” Hampir dua tiga detik pertanyaannya tidak di jawab, Mel menoleh ke belakang, hurm………dah tidur rupanya,patutlah tak menyahut.
“Mel meneruskan melipat kain yang berlambak, dia mengasing-asingkan bajunya dan baju Zarul, maklumlah mereka tak sebilik. Sedang dia menyusun-nyusun kain, tiba-tiba Zarul terjatuh dari atas sofa, betul-betul kepalanya berada di atas ribaanya, pada mulanya dia mahu mengejutkan Zarul tapi mengenangkan mungkin dia kepenatan, Mel membiarkan sahaja. Dia mengambil kesempatan meneliti seluruh wajah Zarul. “Handsome juga suami aku ni ek? Di tambah lagi bila dia memiliki lesung pipit yang dalam, nampak cute sangat bila dia tersenyum tapi sayang aku tak mampu memiliki dirinya sepenuhnya, matanya yang kuyu, bibirnya yang comel, rasa macam nak cium-cium je, geram pula aku tengok.” Tanpa Mel sedari, dirinya di perhatikan oleh Zarul sejak tadi, Zarul terasa ada tangan yang merayap-rayap di atas mukanya, dia membuka matanya sekecil yang mungkin, dia ternampak Mel sedang memerhatikan mukanya, dia sekadar membiarkannya, dia terasa ada satu perasaan aneh yang berputik di hatinya. Dia menggeliat-geliatkan badannya.
“Macam mana aku boleh ada kat bawah ni? Bukan tadi kat atas ke? Kau tarik aku ke?”
“Tak ingin aku angkat lembu berat macam kau, wat sakit badan jer, kau yang jatuh atas riba aku, aku biarkan jelah, takkan aku nak campak plak!”
Zarul tersengih mendengar ayat yang keluar dari mulut Mel tadi. “Hehehehehe…..aku tak perasan plak, sorry okey?”
“Aku nak cakap dekat kau sikit ni.”
“Apa dia?”
“Aku esok dah tak ada tau, aku ada kursus kat UK’s selama seminggu, so kau dok umah sorang-sorang okey? Jaga rumah elok-elok tau, jangan nakal-nakal and then jangan lupa makan ubat, aku tahu balik nanti kau sihat.”
“Lamanya kau pergi? Kalau kau tak ada tak best lah nanti aku kat rumah.” Tiba-tiba hatinya di paut pilu.
“Kenapa plak kau sunyi? Bukan kau suka ke aku tak ada? Senang lah kau nak buat kerja, tak ada orang kacau.”
“Mestilah sunyi tak ada tempat nak gaduh.”
“Tu je?”
“Yup! Tak kan lah aku nak rindu kau plak, makwe aku nak letak mana nanti?”
Mel kecewa sama sekali, dia rasa dah sampai masanya dia lepaskan Zarul. “One more thing, lepas aku balik kita uruskan hal penceraian kita okey? Aku rasa dah sampai masanya kita berpisah, aku tak mahu menipu semua orang dengan segala lakonan kita, aku tak sanggup nak hampakan mama yang mengharapkan cucu daripada kita.”
“Let’s me think okey?” Tiba-tiba perasaan Zarul rasa perit sangat bila Mel mengungkit hal penceraian, tapi bukan ini ke yang dia nak kan selama ini. Entahlah.
Sudah lima hari Mel pergi, Zarul berasa kesunyian yang teramat sangat, apa yang Zarul buat semuanya tidak kena, tidur nampak Mel, makan nampak Mel, Mandi pun nampak Mel juga, seolah-olah ke mana saja Zarul pergi, pasti bayang Mel mengekorinya. Apakah ini tandanya dia jatuh cinta? Ah tak mungkin dia jatuh cinta dengan Mel, budak tomboy yang tak reti bergaya, tak mungkin! Tiba-tiba Zarul teringin hendak pergi ke bilik Mel, bukannya dia tahu pun aku masuk. Zarul memanjat anak tangga dengan pantas. Dia memulas tombol pintu, nasib menyelebahinya, dia melangkah penuh berhati-hati. Dia memerhatikan keadaan sekeliling sungguh cantik pada pandangan matanya.
Dia memerhatikan al-mari bersebelahan katil, ada beberapa make up penuh di atas meja, tak kan lah budak tomboy nie pakai benda-benda ni semua, tak munasabah langsung, lagi pun aku tak penah nampak dia pakai make up, apatah lagi baju perempuan. Cakap pasal baju, Zarul melangkah di mana baju di simpan, dia terpaku kerana banyak baju perempuan, seperti jubah, baju kurung, dan blouse perempuan, dia tidak nampak di mana baju-baju lelaki di simpan. Dia semakin hairan.
Matanya tertumpu pada al-mari di sebelah katil, dia membuka laci dengan berhati-hati, matanya tersorot pada satu bungkusan merah, lalu dia mencapainya, tertulis for my hubby, Zarul, Happy Birthday. Hatinya teringin mengetahui apa yang ada dalam bungkusan itu, dan tertanya-tanya kenapa hadiah ini di simpan and tak di berikan kepadanya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membukanya, terserlah seutas jam tangan Rolex yang sangat cantik, sesuai dengan warna kulitnya, dia memakai jam tersebut. Tiba-tiba terjatuh sekeping kad berwarna biru, air matanya gugur membaca bait-bait yang di tulis untuknya.
Jam ini lambang cinta Mel untuk Zarul,
Mel akan mencintai Zarul seperti jam mencemburui masa,
Jam ini sentiasa berputar setiap masa tanpa sedetik pun kesilapan,
Seperti cinta Mel untuk Zarul yang sentiasa mekar setiap saat,
Selagi jarum jam ini berputar,
selagi itu Mel mencintaimu,
Cinta Mel tak kan pernah pudar buat Zarul Zafrill Bin Datuk Hisyam.
Aku pun mencintaimu sayang, maafkan aku kerana aku tidak faham perasaan mu sayang, maafkan aku, aku sangat merinduimu, cepatlah pulang………
Hari yang di tunggu sudah tiba, Zarul tidak sabar-sabar menunggu kepulangan isteri tercinta, dia mengenakan jam tangan yang di ambilnya dua hari lepas di bilik Mel. Di rasakan masa begitu lama berputar. Setiap detik yang di tunggu terlalu lama. Tidak lama kemudian dia terdengar pintu utama di buka, dia melangkah ke depan, ternampak kelibat Mel sedang mengangkat bagasinya.
“Meh sini, b angkatkan bagasi honey, berat tue, larat ke nak angkat?”
“Yang kau nie apa hal? Buang tebiat ke panggil honey b? Demam kau tak baik lagi ke?”
“Tak boleh ke b panggil macam tue, honey kan isteri b.”
“Bukan tak boleh tapi aku rasa macam bukan Zarul yang aku kenal. Kau ni kembar Zarul ke?
“Sampai hati honey cakap b macam tu, merajuk lah macam ni!”
“Merajuk la kau sorang-sorang, aku nak naik atas, mandi and then mau tidur, aku penat sangat-sangat lagi pun dah malam, it’s time for me to sleep and rest.”
Mel masuk bilik, letakkan bagasi ke tepi dan berbaring di atas tilam. Tiba-tiba dia hairan setahu dia masa dia pergi tadi katilnya kemas tanpa kedut sana sini, ni macam ada kesan orang baring jer. Ah…lantaklah mungkin dia lupa kemas kot. Dia berlalu ke bilik air untuk mandi. Selepas mandi dia mengenakan baju tidur yang sangat seksi paras lutut tanpa memakai pakain dalam, bukan ada orang tengok pun. Dia baring-baring di atas katil dan cuba melelapkan mata, tiba-tiba pintunya terbuka, dengan sepantas kilat dia menyelimutkan dirinya.
“Boleh tak kau ketuk pintu dulu sebelum masuk?”
“Macam mana b tak main masuk je, dah honey tak tutup pintu, salah sendiri juga, sape suruh.”
“Nak apa masuk bilik aku? Tak pernah-pernah umur masuk bilik aku?”
“Boleh b baring sebelah honey tak?.” Belum sempat Mel beritahu Zarul sudah baring sebelahnya.
“Aku tak beritahu pun kau dah baring dulu!” Hatinya berdegup kencang bila terdengar nafas Zarul dari dekat.
“Honey kenal jam nie?”
“Mana kau dapat jam ni? Kau selongkar bilik aku ea?” Mel cuba merampas tapi mana mungkin dapat kerana jam itu sudah di pakai Zarul.
” Kenapa tak bagi kat b?”
“Tak perlu, jam tue tak sesuai dengan kau dan tak layak untuk kau.” Mel membalas lemah sekali gus cover perasaannya.
” Siapa kata tak sesuai, thank sayang……Jam ini lambang cinta Mel untuk Zarul, Mel akan mencintai Zarul seperti jam mencemburui masa, jam ini sentiasa berputar setiap masa tanpa sedetik pun kesilapan…………….betul ke macam tue?.”
Mel terkedu, mata mereka bertatapan,sehingga muncul satu rasa, Zarul mendakap Mel ke dadanya, dan Mel tidak membantahnya, malah merelakannya.
“Mel………sudi tak Mel menjadi teman hidup Zarul untuk selamanya? Zarul nak Mel menjadi isteri untuk Zarul dan Zarul nak anak-anak Zarul lahir dari rahim Mel? Boleh sayang?
Mel hanya mampu mengalirkan air mata di bahu Zarul.
“Kenapa sayang menangis ni? Tak mahu lah macam nie, tak comel tau!.” Zarul mengelap air mata Mel yang sudah bercucuran jatuh ke pipinya yang mulus.
“Thank sayang…Mel cintakan Zarul sangat-sangat, Mel tak nak kehilangan Zarul, Mel nak Zarul jer dalam hidup Mel, tak nak orang lain, i love u so much…….”
“I love you too, honey.”
“Tak sangka isteri Zarul seksi bila macam nie, rasa nak terkam je. Boleh janji dengan Zarul?”
“Janji apa?”
“Janji jangan pakai baju macam lelaki lagi depan Zarul, boleh tak Nurul Emelda Binti Hj Ismail?”
“Nak tahu tak? Selama nie Mel memang pakai pakaian perempuan baik pergi kerja atau hang out dengan kawan-kawan, cuma bila ada kat rumah je pakai pakaian lelaki sebabnya Mel tak nak Zarul ada nafsu dengan Mel coz hubungan kita ni tak kan ke mana.”
“Nakalnya Mel! Sanggup tipu b ea? Tapi tak pernah nampak pun Mel pakai baju perempuan? Patutlah b tengok kat dalam al-mari tu banyak baju perempuan.”
“Macam mana nak nampak, kalau dah b pergi kerja dulu daripada Mel dan Mel balik kerja dulu, baru b balik, memanglah tak pernah nampak, sayang.”
Mata mereka bertatapan dan akhirnya mereka berciuman di bawah gelapnya malam itu, melayari bahtera yang hanya mereka ketahui bersama….Thank you sayang………..


Ada seorang lelaki yang sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan seorang gadis sejak dari zaman persekolahan lagi. Tapi dia berpegang pada prinsip yang dia takkan bercinta sebelum kahwin. Kerana itu dia melupakan cintanya pada gadis tu. Kemudian dia berkelana melanjutkan pelajarannya. Satu hari, teman-teman sekolah mengadakan reunion dan dia bertemu semula dengan gadis itu. Waktu tu gadis tu sudah ada teman tapi sayangnya temannya tu melukakan hatinya lalu lelaki itu bercerita tentang kepercayaannya dan prinsipnya. Tak disangka walaupun punya perbezaan pendapat dengan lelaki itu tetapi gadis itu masih juga melakukan seperti mana prinsip lelaki itu. Selepas kecundang dengan cintanya gadis itu tidak bercinta lagi. Dan dia hanya mengharapkan cinta itu datang selepas sah menjadi isteri.